Penyatuan dan perpaduan masyarakat
dalam satu misi untuk
Agama, Bangsa dan Negara.

CUCI MASJID COMMUNITY

"Cuci Masjid Cuci Hati"

News

view:  full / summary

Cuci Masjid, Cuci Hati, Transformasi Diri

Posted by PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA on August 4, 2012 at 1:20 AM Comments comments (0)

"Ketika hati saya gelisah dan mulai terasa ada penyakitnya, tiba waktu solat, ada satu perkara yang saya akan lakukan - saya akan susun kasut dan selipar di surau syarikat.  Melaluinya, saya mencuba membentuk hati saya sendiri dengan menunduknya, membuang ego dan menghidupkan rasa prihatin di dalam hati saya agar tiada yang jatuh ketika mengambil kasut mereka dan pastinya agar mereka boleh melakukan ibadah dengan sempurna.  Selalunya, setelah saya melakukan tugas yang mungkin nampak sangat kecil ini, seharian hati saya merasa bahagia dan rasa ini tak mungkin saya tukar dengan wang ringgit kerana ia tak mungkin dibeli..."

.

Begitu kongsi seorang teman yang menerbitkan program agama di salah sebuah stesyen TV, ketika kami sama-sama minum petang, berbicara tentang diri sendiri yang memerlukan nilai diri atau personal values yang lebih utuh.  Tanpa nilai peribadi yang kuat, hidup pasti terasa berat untuk ditempuhi. 

Dalam era dunia tanpa sempadan, ”world is flat”, komunikasi tanpa sekatan, hubungan sosial yang begitu berleluasa sehingga melahirkan persekitaran tidak sihat serta tekanan di rumah dan tempat kerja yang meningkat, kita terdedah dengan serangan ke atas nilai peribadi diri kita. Sedikit demi sedikit nilai peribadi yang baik boleh dirosakkan,  terhakis dan akhirnya mungkin mati.  Hati kita tidak lagi hidup dengan nilai kebaikan; tidak mudah lagi tersentuh, tidak lagi prihatin dan merasa ada tanggungjawab.  Lalu kita hidup, ”melepaskan pucuk masing-masing”, hidup kitalah yang penting sehingga diri orang lain menjadi kecil pada kita.  Pastinya kita tidak ingin hidup seperti itu, kita ingin hidup  bermasyarakat, menjadi sebuah bangsa yang kuat dan terhormat.

.

Personal values adalah asas utama di dalam membentuk karektor ummah kerana dari nilai peribadi diri inilah kita akan membentuk family values atau corporate values dan seterusnya nation values.  Bangsa yang bertamadun dan berakhlak mulia tidak akan lahir menjadi satu kelompok besar tanpa permulaan yang kecil, diisi oleh orang-orang yang baik hatinya, mulia budinya dan hebat akhlaknya.  1400 tahun dahulu, pernah wujud kelompok itu, yang hebat karektornya.  Belajar dari sejarah Rasulullah s.a.w yang penuh gemilang, segalanya bermula dari pembentukan hati dan tauhid yang teguh sehingga lahir unshakeable and abundance mentality dikalangan para Sahabat Rasulullah s.a.w.

.

”Bersih Masjid, Bersih Kubur, Bersih Hati” lahir dari keinginan untuk membersihkan akhlak diri sendiri.  Terinspirasi dengan perkongsian sahabat tadi dan akhirnya bertemu dengan Ketua Sukarelawan Masyarakat PPIM-Alumni ESQ, Hashnoel Murshim Hashim, yang telahpun menggerakkan bersih masjid di Langkawi sejak tahun 2007, pada bulan Mei program ini lahir. Sehingga kini, telah 22 buah masjid kami kunjungi serta satu kawasan perkuburan yang kami ziarahi dan cuci.  Ada banyak perkara baik yang kami sering dapatkan dari program di masjid dan kubur ini: membentuk diri untuk bersiap dan meninggalkan rumah ke masjid bersama suami, isteri dan anak-anak seawal jam 5 pagi, solat subuh berjemaah, kuliah subuh, potluck breakfast, renungan, pembacaan asmaul husna serta doa sebelum aktiviti, membersih masjid, solat dhuha dan ditutup dengan perkongsian learning points dan doa.  Banyak didikan untuk kami dan ada juga perkara-perkara yang kami temukan menjadi dorongan untuk kami  terus berusaha membantu dan menyumbang kepada pembentukan karektor diri dan ummah ini.  Kami belajar untuk melahirkan semangat kerjasama, disiplin diri, rasa tanggungjawab, prihatin, kasih sayang.

,

Ketika kita menolong orang lain, kita telah membantu ummah Nabi Muhammad saw.  Ketika membantu ummah Nabi Muhammad, Nabi Muhammad akan membantu menyelamatkan kita dari api neraka.  Amalan yang baik adalah amal soleh kita.  Tidak cukup dengan kita diam, menumpukan amalan hanya untuk diri sendiri, karektor kita baik namun ummah terus rosak.  Kita perlu bersama-sama menjadi baik dan mengajak kepada kebaikan. Justeru, inilah gelombang kasih sayang.  Dan gelombang inilah kami lihat terjadi ketika kami bersama-sama membersih masjid, bersama dengan Ahli Jawatankuasa masjid, kariah serta sesama kami; ada ikatan hati yang terbentuk atas nama ummah yang satu, ada persepsi di hati yang kami bersihkan dan ada fitrah kebaikan yang kami keluarkan menjadi realiti.

.

Ketika melakukan aktiviti ini, ada pelbagai sukarelawan dari pelbagai latarbelakang yang kami temui.  Namun, semua bersatu atas satu keinginan untuk berubah lebih baik.  Manusia lebih mudah melakukan transformasi diri ketika merasa disayangi, ketika hatinya kita menangi berbanding dengan mendesak dia untuk berubah dan hatinya kita sakiti.  ”Hurting people, hurt people”, kita tidak ingin ada orang terluka yang akan melukakan hati orang lain.  Mereka hidup dalam kitaran hitam atau vicious cycle yang terus berpusing. Ia seperti seorang anak yang mengalami penderaan emosi atau fizikal dari orang tuanya, lalu ayah ibu menjadi model dalam hidupnya lalu mungkin tanpa sedar, dia mengulangi kesilapan sama.  Kita ingin pecahkan kitaran ini. 

.

Kita ingin menjadi model atas nama kebaikan akhlak; model sebagai pelajar, sebagai ibu ayah, guru, pemimpin.  Akhlak atau karektor kita lebih besar pengaruhnya ke atas proses pembentukan akhlak.  Kita boleh bercakap atau berceramah tentang kebaikan, atau menulis dengan baik tentangnya, namun pada akhirnya ada satu perkara besar,” Apakah kita mengamalnya? Apakah kita melaksananya?”.

.

Bersama kita menjadi orang-orang yang melaksanakan kebaikan.   

Penulis : MARHAINI YUSOFF

Masjid Qariah Cheras (Masjid Kuning Batu 10))

Posted by PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA on August 4, 2012 at 1:10 AM Comments comments (0)

19/12/2011.Alhamdulillah semalam dapat attend cuci masjid, cuci hati dekat masjid kuning batu 10, area cheras.. walaupun tak ramai yang join, tapi dengan berkat usaha kami semua, dan keikhlasan yang lahir dari hati sanubari ni (hihi..alhamdulillah), dapat jugak bersihkan masjid tu sampai bersih..

 

Start dengan breakfast, i ate 2 bungkus nasi lemak sebagai penambah tenaga untuk cuci masjid.. hihihi.. actually cuci masjid kali ni terdiri dari Che Nin aka Puan Marhaini Yusoff, Uncle Hashnoel aka Encik Hashnoel Murshim, Encik Raja Fakran, Syed Ali, Syed Yusuf, Syed Ahmad, Adam Fadhlan n last but not least, the junior one, idris fadli :)

 

together, gotong royong bersihkan masjid, rasa best sangat.. rasa sangat spiritual bonding antara kami semua, and semua ada satu matlamat, iaitu untuk mendapat keberkatan daripada Allah SWT.. so, bawah ni saya include gamba2 dari program CMC, Cuci Masjid Community pagi semalam..


SAMBUTAN MAULIDRU RASUL & PROGRAM CUCI MASJID DI MASJID SAUJANA UTAMA

Posted by PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA on August 4, 2012 at 12:55 AM Comments comments (0)

11-12 FEB 2012

Bersempena dengan kedatangan bulan kelahiran Rasulullah SAW, satu program khas Maulidur Rasul “We Love Rasulullah” anjuran Sukarelawan Satria Muda, ESQ Leadership Center dan Masjid Saujana Utama diadakan untuk orang ramai terutamanya remaja untuk lebih mencintai Rasulullah SAW dan menjadikan baginda sebagai uswah teladan terbaik di dalam kehidupan.


Antara pengisian yang diadakan adalah program Santapan Rohani “We Love Rasulullah”, oleh Ustaz Mohd Riduan Zainal Abidin, program Spiritual Journey “Catatan Cinta Rasulullah” yang akan diisi oleh Pak Aminul Rachman, Qobin dan ikon-ikon Satria Muda. Keesokan harinya, diadakan program Qiyamullail dan juga program Cuci Masjid Cuci Hati bersama qariah masjid dan pelajar sekolah KAFA.

Masa ni Kuliah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Ridhuan. Subhanallah... Rasanya satu masjid sedu sedan dgn kisah yg dibawa Ustaz Muhammad Riduan tadi, kata Mak Kina dalam FB dia.

Ini pulak sharing dari Abang Qobin kita. Nak menitis air mata bila tengok video seorang OKU yang tak ada tangan dan kaki, jadi pakar motivasi. Satu motivasi juga kepada kita ; kalau dia yang tak ada tangan, tak ada kaki boleh bangkit dari kegagalan, apatah lagi kita yang cukup sifat ALLAH bagi kat kita. Tapi apa yang kita buat?

Kemudian segmen renungan pula oleh Pak Aminul. Kalau tadi nak menitis, kali ni dah teresak-esak sudah. Mana tidaknya, hati ni rasa terharu bila mendengar suara budak-budak kecil berselawat memuji Rasulullah S.A.W.

 Hari berikutnya,

 Program dimulakan dengan pembacaan Asmaul Husna. Kemudian, sesi mengagihkan tugas sebelum kerja-kerja cuci masjid bermula.....


Gambar diambil oleh Kak Nour selaku tukang ambil gambar... tiada di sini kerana berjuang di bilik wuduk. Lihat betapa seronoknya mereka menyusun Surah Yassin...

Yang ini, mereka yang bergelar lelaki. Mesin vakum tu dah nak sama besar dengan diorang dah, tapi mereka tetap menjalankan tanggungjawab mereka.


 

 

 


'CUCI MASJID, CUCI HATI MENJELANG RAMADHAN? & PERJUMPAAN SATRIA MUDA

Posted by PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA on August 4, 2012 at 12:50 AM Comments comments (0)

 

1 Julai 2012, Ahad


Masjid Al Hidayah, Taman Melawati


Program:


5:45 pagi  :

Berkumpul di Masjid Al Hidayah                     

Solat Subuh                     

Kuliah Subuh "Soal Hati" Ustaz MuhamadRiduan Zainal Abidin


7:30 pagi  :

Sarapan


8:15           :

Taklimat CMC                     

Conditioning oleh Prof Dr Rozieta Shaary                     

Asmaul Husna                     

Penanaman Pohon Thoyyibah/ Pohon Karakter                   

 Doa                     

Cuci Masjid, Cuci Hati"                     

Solat Dhuha


10:30          

Sessi Perkongsian                     

Nasihat Ulama' oleh YBhg Dato' Paduka Sheikh Hasbullah Abdul Halim


11:45       : Selesai

MAJLIS DAERAH JELI

Posted by PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA on August 4, 2012 at 12:45 AM Comments comments (0)

Ahad, 15 Mei 2011

Notis:

Semua sekolah diminta menghantar empat orang ahli PPIM dan dua orang guru pemimpin menghadiri program gotong-royong membersihkan masjid, solat Dhuha dan solat hajat yang akan diadakan pada:

Tarikh :  21 Mei 2011

Masa :  8.00 pagi

Tempat :  Masjid Bandar Jeli

-Pegawai Daerah-

 


Rss_feed